Dah 60 Tahun engkau di Syurga...Doakanlah aku sepertimu...







"Apakah kamu tidak melihat bagaimana Allah memperumpamakan kalimah yang baik umpama pokok yang baik, akarnya teguh dibumi dan cabangnya tegak ke langit. Ia memberikan buahnya setiap masa dengan izin Tuhannya, Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu beringat" surah Ibrahim: 24-25

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang tidak henti-henti mencurahkan nikmatNya pada kita semua. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Rasulullah s.a.w, keluarganya dan para sahabat yang pada mereka kita jadikan ikutan dan teladan. Tidak dilupakan juga pada Ulama'-ulama' serta pejuang-pejuang agama Allah s.w.t, semoga Allah s.w.t menerima amal mereka serta mengampunkan segala dosa-dosa mereka, amin.......Islam dapat kita kenal dan hayati adalah atas berkat kesabaran dan perjuangan mereka.

Al-Fatihah kita kirimkan kepada Imam Abad ke-20, As-Syahid Imam Hassan al-Banna rahimahullah, kerana pada tarikh semalam 12/02/09 genaplah 60 tahun syahidnya beliau di jalan Allah s.w.t.

Saudara saudari,

Inilah idol ana selepas Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a. Kagumnya ana kerana Allah terhadap beliau, kerana dalam keadaan hilangnya arah dan matlamat umat Islam selepas jatuhnya Khilafah Uthmaniyah, maka bangkitlah beliau sebagi mujadi atau pembaru kepada agama Islam. SubhanAllah, besarnya jasa beliau, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Mungkin saudara saudari tertanya-tanya siapakah Hassan al-Banna ni? tak per nanti dulu, ana akan terangkan sebentar lagi, tapi sebelum tu ana nak petik kata-kata beliau apabila di tanya oleh wartawan tentang dirinya, beliau berkata:
"Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah seorang warganegara yang mengimpikan sebuah negara yang di hormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni. Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang dapat mempersekutuiNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri padaNya. Inilah saya, anda pula siapa?"

Saudara saudari,

Apakah ada sesiapa yang masih mahu mempertikaikan apa yang dikatakan oleh as-Syahid? percayalah beliau telah membuktikan apa yang beliau katakan dan menunaikan janjinya pada Allah s.w.t.

Serba sedikit latar belakang beliau,

As-Syahid dilahirkan di Mesir, disebuah perkampungan dalam daerah Mahmudiyah pada tahun 14/10/1906 m. Membesar di dalam keluarga yang benar-benar mentaati Allah s.w.t. Inilah hasil atau kesan daripada tarbiyah yang berlandaskan apa yang di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w, kerana apa? Kerana beliau (as-Syahid) di didik dengan al-Qur'an dan al-Hadith, bukan dengan sistem Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seperti yang ada sekarang. Inilah juga apa yang di sebut oleh as-Syahid Syed Qutb di dalam kitabnya Ma'alim Fit Thoriq (Petunjuk Sepanjang Jalan) bahawa faktor asa inilah yang melahirkan generasi al-Qur'an yang unik seperti kejayaan Rasulullah s.a.w dalam mendidik sahabat-sahabat Baginda s.a.w, yang mana pendidikan mereka tidak di campur dari mana-mana 'ISME' atau anasir-anasir luar selain daripada al-Qur'an. Rasulullah s.a.w hanya memfokuskan tarbiyah untuk sahabat-sahabatnya hanya pada al-Qur'an, oleh kerana itu Baginda s.a.w murka melihatkan apabila Saidina Umar al-Khattab r.a cuba mencari sesuatu panduan daripada sumber yang selain daripada al-Qur'an. Ini kerana Rasulullah s.a.w percaya dan yakin, perkara-perkara ini akan mengganggu proses tarbiyah dan boleh memesongkan aqidah mereka. Kembalilah kepada al-Qur'an saudaraku...

As-Syahid di sekolah kan di Madrasah Ar-Rasyad. Pada zaman persekolahan lagi beliau telah menonjolkan kepimpinannya dan terkedepan di antara pelajar-pelajar yang lain. Dalam masa yang sama beliau juga mempunyai Fikrah Islam yang begitu mendalam. Setelah tamat persekolahan, as-Syahid menyambung pelajarannya ke Universiti Darul Ulum (sekarang dikenali Universiti Cairo). Pada waktu ini Mesir telah di landa tsunami keruntuhan akhlak yang amat sangat, setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyah dan pada ketika ini jugalah as-Syahid terpanggil untuk bergerak untuk memulihkan umat. Beliau menyeru kepada semua Ulama'-ulama' muktabar ketika itu antaranya as-Syeikh Rasyid Redha. Beliau (as-Syahid) mengajak mereka untuk sama-sama melawan banjir besar ini.

Saudara saudari,

Ketahuilah bahawa walaupun beliau sibuk di dalam urusan dakwahnya, tetapi beliau dengan jayanya dapat menamatkan pembelajaran di Kampusnya dengan keputusan yang sangat cemerlang dan beliau juga antara pelajar yang terbaik di kampus Universiti Darul Ulum ketika itu, pada tahun 1927.

Selepas tamat pengajian, beliau bertugas sebagai seorang guru di Ismailiyyah, dan tidak lama selepas itu as-Syahid berhenti dan mula menjadi pendakwah bebas. Beliau memasuki masjid-masjid dan di merata tempat termasuk kedai-kedai kopi dan kelab-kelab malam.

Pada tahun 1928, beliau di datangi oleh 6 orang cendiakawan yang antaranya ialah Hafiz Abdul Hamid, Ahmad Husri, Fuad Ibrahim dan lain-lain untuk bergabung dengan beliau dalam menegakkan cita-cita murni ini, maka selepas itu berlakulah bai'ah sesama mereka untuk sehidup semati untuk menegakkan Islam, lalu wujudlah satu jemaah yang di beri nama 'Ikhwan Muslimun'. Bermula daripada sinilah dakwah Islam yang di sampaikan oleh mereka bergerak pesat dan semakin hari semakin ramai manusia dari pelbagai pelusuk negara Mesir dan Arab menyertai mereka, semuanya bersedia untuk berjuang di jalan Allah s.w.t.

Ketika Ikhwan Muslimun mula diterima oleh masyarakat Mesir dan negara-negara Arab yang lain, kerajaan Mesir mula merasakan bahawa kedudukan mereka tergugat, disamping itu mereka puak-puak thoghut ni juga ditekan oleh Yahudi laknatullah dan sekutunya supaya gerakan ini perlu dihentikan segera.

Pada petang Sabtu 12/02/1949 m terjadilah satu peristiwa di Jalan Ramses, Kaherah dimana beliau (as-Syahid) telah ditembak oleh tangan-tangan celaka yang secara tidak langsung telah menghadiahkan SYAHID (dengan perantaraan mereka Allah berikan apa yang di mahukan oleh beliau iaitu Mati Syahid) kepada beliau.

Ketahuilah saudara saudari,

Sesungguhnya mereka tertipu, sebenarnya mereka hanya mampu membunuhnya tetapi mereka tidak mampu untuk membunuh Fikrahnya yang telah merebak ke dalam jiwa-jiwa umat yang cintakan Islam. Darahnya telah menyirami pohon dakwahnya...

Saudara saudari,

Beliau telah mendapatkan apa yang beliau cita-citakan, kita? marilah kita kembali kepada Allah...Siapa Allah? Rabb kita...Bertaubatlah, selagi pintu taubat masih terbuka, percayalah...Belum terlambat lagi...
Aku inginkanMu Ya Rabbi...Ampunkan aku Ya Rabbi.....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
RSS