NASIONALISME...ISLAM DI KETEPI...

WAJAH-WAJAH SYUHADA' PALESTIN YANG TELAH MENYAKSIKAN BUKTI JANJI ALLAH S.W.T







"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah di turunkan oleh Allah kepadamu..." Surah al-Maidah: 49.

Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang ada di antara 7 petala langit & 7 petala bumi, Dialah yang Awal & Akhir, Dialah yang Zahir & Batin. Selawat & Salam ke atas Junjungan besar & insan paling mulia yang tercatit dalam mushaf dan sejarah yang tidak pernah ku bersua dengannya tetapi amat merinduinya beserta dengan ahli keluarganya, para sahabat dan pejuang-pejuang agama Allah, Moga keampunan & Rahmat Allah ke atas mereka, tiada apa yang layak bagi mereka melainkan Syurga Allah.

Salam cinta & kasih Allah ke atas sahabat2 ku,
Maaflah kalau ana dah lama tak update blog ni...ada masalah sikit ari tu, alhamdulillah sekarang dah ok.

Sahabat,
Sebenarnya ana nak ulas dari ari tu lagi, tapi Allah mengizinkan hari ni baru dapat 'publish', ada satu ruangan dalam akhbar KOSMO (selasa 24 Feb '09) yang bertajuk 'Peraturan Murtad Tak Perlu Di Pinda', kita tengok apa yang di katakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz- YB Padang Rengas) kita cakap: 'Bagi kerajaan, ia (Perkara 11) cukup terang dan diterangkan lagi dengan kes Lina Joy" katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat (Isnin 23 Feb '09). Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tanbahan YB Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Bharu) mengenai sama ada kerajaan bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Tambah beliau lagi bahawa "di Malaysia orang Islam yang mahu berbuat demikian (murtad) perlu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu memohon sijil murtad dari mahkamah syariah dan sebagainya. Dalam hal ini Islam ada peraturannya yang tersendiri yang telah wujud lebih 1,400 tahun lalu meliputi hal-hal keagamaan termasuk murtad. Jadi tak kan kerana seseorang itu murtad pada 2007 atau 2008, maka dia mesti dikecualikan daripada peraturan yang wujud pada 1,400 tahun ini. Sebab itu tak berbangkit soal untuk kita menahan, tetapi sebelum pengisytiharan murtad dilakukan, seseorang itu perlu melalui proses-proses tertentu oleh agama Islam dan undang-undang di negara kita"

Sahabat,
Lihatlah kenyataan seorang pemimpin Islam yang berpegang dengan Ideologi Jahiliyyah. Kalau dah jadi macam ni, siapa yang kita nak persalahkan? Kita tanyalah tangan-tangan yang memangkah. Allahu Akbar...sampai macam ni sekali. Islam 1,400 tahun dahulu tak pernah kompromi dalam hal murtad, macam mana kita yang belum melaksanakan dan mengenal Islam dengan sebetul-betulnya boleh berpendapat sedemikian, kalau orang-orang Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar sendiri yang enggan membayar zakat diperangi, inikan pula yang murtad.

Sahabat,
Inilah bukti kepada perlunya pada pemahaman yang jelas didalam Ad-Din kita ini, dalam hal ini As-Syahid Imam Hassan Al-Banna meletakkan Rukun Faham ini pada Usul yang pertama, hal ini sangatlah diutamakan kerana kefahaman yang sahih membantu kesejahteraan amalan, perlaksanaan yang baik dapat mencegah seseorang itu daripada tergelincir. Apa yang ana nak 'state' kan di sini, kenyataan dan pendirian beliau (YB Padang Rengas) dalam perkara ini sudah jauh terpesong dari landasan Islam yang sebenar, termasuklah sahabat-sahabatnya yang satu kapal dengan beliau.

Sahabat,
Kesesatan ini berpunca dari kefahaman yang salah dan melencong. Imam Ibn Taimiyah berkata mengenai Puak Khawarij: 'Sekali pun mereka banyak berpuasa dan bersolat serta membaca al-Qur'an namun mereka terkeluar dari golongan Ahli Sunnah Wal Jama'ah, mereka adalah kaum yang beribadat, wara' dan
zuhud tapi tanpa Ilmu Pengetahuan.'
Ternyata dan jelas dalam hal ini bahawa Islam amat menitik beratkan KEFAHAMAN didalam setiap elemen-elemen yang ada didalamnya disamping melaksanakannya. Dalam mafhum ayat al-Qur'an yang ana tulis di atas, jelas sekali Allah memerintahkan supaya umat manusia yang hidup di atas muka bumi ini wajib berhukum dengan hukumNya, bukan dengan akta-akta yang digubal oleh puak-puak Thoghut dan Fasik ni. Kalau di ikut melalui kaedah pemahaman hukum menurut ulama'-ulama' usul (usuliyyin), ayat ini di kategorikan sebagai 'Muhkam' yang mana ayat ini tidak perlu diNasakh atau diTakwilkan, jadi ia secara automatik terletak bawah hukum wajib di terima tanpa ada sebarang keraguan, ia juga dipanggil Qat'ie.

Sahabat,
Inilah bahayanya jika berpegang dengan ideologi Assobiyyah (Nasionalisme), bangsa diutamakan agama di ketepikan. Tak boleh...dia tak kan bertahan lama dan tidak akan pernah konsisten (istiqamah). Kalau nak tengok diorang ni, yang katanya memperjuangkan bangsa, tak pun nampak yang dia membela bangsanya, tengoklah kalau bahasa sendiri pun diketepikan. Diorang kata untuk kemajuan masa depan anak-anak, ana nak bagi tahu, orang yang nak pergi ke bulan tu pun bukannya belajar Bahasa Inggeris, tapi bahasa Russia. Tak salah lah kalau orang bukan Islam berani maki orang Islam dengan panggilan 'CELAKA' kalau macam ni lah perangai kita.

Sahabat,
Kita dah lama membiarkan jahiliyyah membelenggu kita. Kita ditipu dengan kemodenan dunia yang merosakkan kita. Tiada sebab untuk kita terus lena, kerana sekarang masa untuk kita berjuang menongkah arus. Kita bukan di zaman Imam Syafi'e, Imam Hanbali atau imam-imam tabi'e yang lain yang pada zaman mereka, zaman hukum di istinbatkan. Zaman kita, adalah Zaman Tanfiz (perlaksanaan)...Bangunlah kita julangkan Islam, Bangsa kita yang hanyut dan negara kita yang hancur disebabkan RASUAH sana sini.

Akhir kalam,
Islam adalah untuk semua, tiada apa yang mustahil untuk Islam memerintah Dunia kerana sejarah telah membuktikan. hanya Islam jalan penyelesaiannya, bukan nasionalisme, jangan sibuk memikirkan hal lembu atau kereta orang, tetapi pikirkanlah bagaimana nak laksanakan Islam dalam Diri, Keluarga, Masyarakat, Negara dan Dunia.

Takbiiiir..............Allahu Akbar
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
RSS