PENAWAR 'BIUS CINTA'



Salam Kemenangan, Salam 1 Malaysia...

Puas sudah bercoleteh pasal cintan-cintan (cinta) ni, jika bab ini diajak berborak pasti sampai ke sudah tidak akan habis dibualkan. Tapi yang pasti benda ni, mahu atau tak ia mesti dibicarakan, tapi melalui pandangan iman atau khasyyah (takut) pada Allah swt.

Alhamdulillah, dalam pada sedang cuti ni saya ada baca beberapa buah buku. Segala puji bagi Allah, banyak manfaat yang saya dapat daripada buku-buku tersebut. Ok, disini saya nak bercerita sedikit apa yang saya dapat. Perkara ini berkaitan CINTA la, ye lah selagi belum kahwin, orang muda ni khususnya remaja memang sangat syok melayan. Tak per bagi seluruh "Dua'at", mari kita berdakwah mengikut waqi'.

Kadang-kadang kita ni pening kepala, bagaimana nak menangani masalah sahabat-sahabat kita yang terkena 'bius cinta' ni. Kita juga memikirkan apakah penawar yang paling sesuai untuk mendapatkan penawarnya. Jangankan cakap kita sahaja yang memikirkan masalah ini, tapi sebenarnya orang yang terkena bius ni, dia juga kalau boleh tak nak langsung terkena masalah ini tapi apakan daya, dia tak mampu untuk melawannya. Semua orang ada perasaan ingin bercinta, jangan tipu diri sendiri, tapi yang dapat memelihara diri ini hanyalah kemanisan iman itu sendiri.

Satu hari Rem masuk ke bilik Husaini menceritakan masalah yang dihadapinya, "Eh Rem, awal anta bangun?"
"Bukan sudah bangun, tapi ana memang tak boleh tidur!"
"Kenapa tak boleh tidur?"
"Ana ada masalah akhi, ana mahu luahkan pada anta, tapi tolong ini menjadi rahsia di antara kita sahaja ye."
"Baiklah."

Rem menceritakan semuanya pada Husaini. Tentang Balqis yang ia sudah mula jatuh cinta pada gadis yang perawan dan baik akhlaknya, yang mana ia akan dinikahi oleh lelaki lain.

"Anta bayangkan, ana sudah mula mengenalinya semenjak dari ana pergi ke 1 program anak negeri. Dulu ana tidak menaruh hati padanya, tapi semenjak dia menjadi penolong ana untuk handle 1 program ni, dalam diam-diam ana sudah jatuh hati padanya dan mula merancang untuk meminangnya selepas 'grad' ni. Ana sangat mencintai dirinya akhi. Tapi, baru-baru ni ana dengar dari sahabatnya yang ibu bapanya akan mengahwinkannya bulan depan ni. Ana tertekan akhi, sekarang ana seperti dibakar oleh api cemburu. Bagaimana ana nak berhadapan dengan realiti ini akhi?"

Husaini tersenyum. Dengan tenang ia cuba memikirkan jawapan yang bersesuaian dengan situasi Rem agar ia dapat memberikan jalan penyelesaian pada sahabatnya itu.

"Akhi, masalah yang anta hadapi ini kecil saja. jangan anta beratkan kepala, nanti memudaratkan diri anta juga. Tenang, banyakkan 'istighfar' dan 'selawat' moga hatimu tenang akhi. Begini, ni kebetulan siang tadi ana baru lepas membaca kata-kata Ibn Athaillah dalam kitab al-Hikam yang sangat tepat mengenai persoalan cinta. Kata-katanya insyaAllah boleh menjadi penawar bagi penyakit anta. Sebenarnya apa yang anta alami ini adalah penyakit, percayalah wahai sahabatku."

"Dengar baik-baiknya kata-kata Ibn Athaillah ni. Beliau mengatakan: Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan kepada kesenangan duniawi, melainkan ada rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuatkan hati merana."

"Cuba anta hayati betul-betul kalimat ulama' ini. Kecintaan anta pada Balqis itu syahwat. Boleh kata semua orang yang jatuh itu merasakan apa yang anta rasakan. Perasaan itu tidak dapat anta hilangkan dari hati kecuali dengan adanya 2 hal."

"Pertama, adanya rasa cintamu pada Allah yang sangat mendalam. Hinggakan di hati ini hanyalah Allah, maka yang lainnya dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir jauh dari hati ini. Kedua, rasa rindu yang benar-benar menyengat, hinggakan betul-betul hati ini merana seperti yang anta rasakan sekarang. Pasti! anta tidak mungkin merana kerana rindu pada yang lain. Jika anta dah sibuk memikirkan Allah, anta tidak akan sibuk memikirkan yang lain."

"Akhi, hatimu miskin cinta dan rindu pada Allah, dengan sebab itu hatimu dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Ketika ini, perasaan cinta dan rindumu hanyalah pada Balqis. Itulah yang membuatkan anta terseksa. Padahal anta sudah tahu bahawa dia sudah dilamar oleh orang lain. Anta harus tahu perasaan seseorang tidak dapat mengubah hukum syariat, berapa besar pun rasa cinta anta pada Balqis, nescaya tidak akan sesekali merubah hukum dan status Balqis yang sudah dilamar orang."

"Majlis pernikahan telah disusun. Anta sama sekali tidak boleh merosakkannya. Kalau anta mahu jadi pejuang jangan separuh-separuh. Jadilah, sebenar-benar pejuang meskipun anta harus mengorbankan sesuatu yang paling berharga. Tidak ada seorang pejuang pun yang tidak berkorban apa-apa, inilah sunnah orang berjuang!"

Kedua-dua mata Rem basah mendengar kata-kata Husaini yang membuatkan hatinya terbuka untuk kembali kepada landasan sebenar matlamat hidupnya, iaitu meraih cinta hakiki, CINTA ALLAH.

"Terima kasih akhi, alhamdulillah hati ana sudah mula tenang sedikit. Ana lupa akhi, Allah lah segala-galanya. JazakAllahu khair ya akhi, diatas tunjuk ajar anta. Moga Allah sahaja yang dapat membalasnya."

Mendengar nasihat dari sahabatnya itu, seolah-olah ada kesejukan yang mengalir didalam jiwanya. Kesejukan yang membuat hatinya sedikit terhibur dan lega. Jiwanya perlahan-lahan menjadi tenang.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi,

Percayalah, mencintai makhluk itu pasti menemui kehilangan. Pertemuan dengan makhluk juga pasti menemui perpisahan. Hanya dengan menyandarkan cinta pada Allah saja yang pasti tidak menemui kegagalan. Jika kita mencintai seseorang ada 2 kemungkinan sama ada diterima atau ditolak. Jika ditolak, alangkah sakit dan pahitnya. Namun, jika kita mencintai Allah, kita tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada orang yang boleh merebut Allah yang kita cintai itu dari hati kita. Tidak ada yang akan merampas Allah. Jika kita hidup dengan Allah, kita tidak akan pernah berpisah denganNya. Allah akan setia dengan kita, Dia tidak akan pernah curang atau berpaling cinta dan kasih daripada kita kecuali kita sendiri yang berpisah dariNya. Cinta yang paling bahagia adalah cinta pada Allah swt.



Ketahuilah, semua akan dipertemukan dengan pasangannya pada 1 hari nanti cuma bersabarlah seketika. Cinta Allah, segala-gala yang ada di Bumi ini akan mencintaimu, ini hakikatnya. Semua manusia termasuk haiwan mempunyai perasaan ingin mencintai dan dicintai, cinta adalah fitrah tapi jangan biarkan ia menjadi fitnah. Cinta bukan segala-galanya, tetapi kehilangan cinta seolah-olah kehilangan segala-galanya, maka lebih afdhal ia disandarkan pada Allah. Pada Allah kita menyandarkan Cinta, kasih dan harap. Sekian, salam 1 Malaysia.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

CINTA ITU FITRAH





Kadang kala penampilan sesorang itu nampak tip top, berkopiah, berjanggut sejemput, bertudung labuh, berpurdah dan lain-lain lagi, namun apabila golongan ini mula terjebak dalam masalah sosial tidak sihat, siapa yang tidak mahu bercinta dan dicintai, penulis melihat ada petanda yang kurang sedap pada hati masing-masing, ada masalah hati.

Memang mudah nak mengubah luaran, namun teramat susah nak mengikis karat jahiliah dalam hati. Jika terpaksa mengurung atau memenjarakan keinginan (nafsu) yang terlalu memuncak, cuba lakukan sedaya mungkin. Jika terpaksa melepaskan keseronokan yang sering melalaikan Iman, cuba buktikan tanpa banyak soal.

Biar merana dahulu sebelum merana kemudian. Bimbang kalau dah terkena 'bius cinta' nanti, habis satu badan terasa kebas, nak angkat satu jari pun terasa berat. Apabila terbius seseorang itu dengan cinta, segala tindakan seolah-olah seperti diri telah dipukau.

Tiba-tiba menjadi bodoh, tidak pernah mengerti halal haram, dan batas pergaulan. Lebih-lebih lagi si perempuan, makhluk yang banyak menggunakan emosi dan selalu inginkan perhatian. Mereka yang terkena 'bius cinta', secara terangan menolak apa sahaja nasihat yang ditujukan.

Ada juga manusia yang seolah mampu mendengar nasihat, diangguk-angguk apabila dinasihati. Berjanji cuba mengatasi ‘masalah cinta’ itu, tetapi dalam diam rupanya, menolak mentah-mentah. Biusannya sungguh kuat. Jadilah mereka yang terkena penyakit angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, dan mandi tak basah, kerana setiap detik dan masa fikiran telah tertumpah pada keayuan wajah si 'cewek', yang dikatakan solehah, dan cantik bak bidadari. Inilah dikatakan ['Pungguk Rindukan Bulan'].

Mulut melafazkan kata yang melegakan hati si penasihat, tetapi mindanya, dan hatinya tetap sama. Maka tindakannya, menjadi kaku terpana dalam alam khayalan. Kadang-kadang makan minum pun tidak dihiraukan. Deraian air mata ibu tidak dipeduli.

Sebaliknya deraian air mata si anak yang tidak dibenarkan berjumpa si 'kekasih hati' kononnya, itu pula yang mengundang simpati si ibu. Merintih si ibu keseorangan di tikar sejadah, memohon agar diberi petunjuk buat si anak. Bukannya si ibu tidak membenarkan si anak membuat pilihan, tetapi si anak langsung tidak mempedulikan nasihat si ibu akibat dibius cinta 'dos tinggi'. Cukup bahaya.

BERI HATIMU HANYA UNTUK ALLAH,
PASTI ALLAH TEMUKAN PADAMU PEMILIK TERBAIK,
HAMPARKAN MASAMU SELUASNYA HANYA UNTUK ALLAH,
PASTI ALLAH ATURKAN SELURUH KEHIDUPANMU SEBAIKNYA.


Maafkan aku wahai sahabat andai aku tidak menegur kalian. Hati aku membenci apa kalian lakukan, tapi aku hanya mampu menasihati dari jauh. Aku hanya mampu mengalirkn air mata menahan amarah apabila kau tidak mampu memahami kenapa aku diam membisu dalam membenci tindakan kalian walaupun sudah banyak kali menegur. Diam aku bukan kerana benci pada kalian, tetapi marah aku pada perbuatan kalian. Bukan kerana aku dengki, tapi kerana sebuah kasih sayang aku pada kalian.

Bermujahadahlah wahai sahabat pembaca budiman. Jagalah kesucian syariat agama kita. Biarlah diri dicemuh, mahupun disisihkan, asalkan hatimu, agamamu tetap terjaga menunggu masa yang dijanjikan Allah Taala. Ameen. (daripada mana pesanan itu datang, ia tidak perlu dipertikaikan, apa yang penting adalah isinya)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SALAM E'ID MUBARAK



Salam E'id Mubarak, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN pada semua sahabat-sahabat yang dikasihi amnya dan khusus kepada seluruh mahasiswa & kakitangan KUIS. كل عام وأنتم بخير

Moga Aidilfitri kali ini bukan sahaja menjadi tanda kemenangan pada seluruh muslimin melawan hawa nafsu, malah ia juga menjadi pemangkin kepada kemenangan Islam dibumi Allah ini. Sehubungan dengan itu jangan kita lupa untuk bermuhassabah sejauh mana perjalanan kita dalam memanfaatkan masa-masa sepanjang bulan Ramadhan.

Salam kemaafan & diiringi salam kerinduan juga pada sahabat-sahabatku yang berada diperantauan. Antum semua tetap diingat selalu didalam doa, teruskan perjuangan.
Doakan agar ana menyusul selepas ini.

Selamat tinggal Ramadhan, moga kita bertemu lagi, aku seronok bersahabat denganmu, kerana dengan aku bersahabat denganmu Allah menjanjikan untukku rahmatNya,
Bersahabat denganmu Allah menjanjikan untukku maghfirahNya,
Bersahabat denganmu Allah menjanjikan untukku terlepas dari neraka,
Bersahabat denganmu Allah menjanjikan untukku kelebihan pada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...
Banyak lagi janji-janji Allah untukku wahai Ramadhan yang tak dapat aku senaraikan, sekarang terserah kepada aku sama ada aku bersyukur atau tidak...
Selamat tinggal Ramadhan, sekiranya ini adalah pertemuan terakhir kita, maafkanlah aku sekiranya aku tidak dapat menghargai engkau dengan sebaik-baiknya sepanjang kita bersahabat...

Segala puji bagiMu Ya Allah yang tidak henti-henti mencurahkan Rahmat & NikmatMu kepadaku, padaMu aku menyandarkan cinta, kasih dan harap.
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

LAILATULQADAR & BONUS 1 MALAYSIA


Nampak biasa, tapi luar biasa=>


Salam Lailatul Qadar,
Alhamdulillah kerana mengizinkan kita bertemu lagi didalam laman yang serba kekurangan ini. Sahabat-sahabat yang dikasihi, selang lagi 2 @ 3 hari sahaja lagi kita akan menyambut lebaran Aidilfitri, semua umat Islam bergembira dengan kemenangan yang akan diraih pada hari itu, tambahan pula pada raya kali ini banyak bonus diperolehi khususnya bagi penjawat awam, kakitangan kerajaan negeri dan rakyat 1 Malaysia.

Suka saya berbincang dengan topik bonus pada kali ini adalah kerana ia berkait rapat dengan habuan atau gula-gula yang PM kita berikan pada kita. Sebenarnya apa yang terjadi ini langsung tidak memeranjatkan saya kerana ini telah dijangka, kerana apa?
kerana Bagan Pinang la...Penamaan calon semakin hampir, undi dah dekat, apa lagi, pancing undilah. Walauapapun saya tetap berterima kasih kepada PM, kerana masih memahami kehendak rakyat walaupun hanya pada masa MENGUNDI sahaja.

Wahai golongan pemerintah yang jahil tentang Islam, jangan di sebabkan kejahilanmu, membuatkan kamu di campakkan ke Neraka Allah. Jangan kamu fikir dengan apa yang kamu lakukan mendapat keredhaan Allah. Ketahuilah kami tidak sesekali memusuhimu kerana kamu adalah kamu, tapi kami memusuhimu dengan fahaman yang kamu anuti. Percayalah setiap apa yang kamu lakukan untuk menghalang agama Allah tidak akan membawa kamu ke mana-mana, 1 hari kamu akan kembali jua padanya.

Wahai manusia yang bernama Hisyamudin, Jangan Bongkak! engkau ingin penuhkan Kemunting? jangan disebabkan engkau mempunyai kuasa, engkau lupa akan kekuasaan Allah.

Wahai manusia yang bernama Muhiyyidin, jangan UJUB! engkau beri Tol free sudah cukup untuk engkau di jamin ke Syurga? engkau rasa engkaulah yang paling pemurah? Allah Maha Pemurah di antara yang pemurah wahai Muhiyydin.

Wahai manusia yang bergelar Ketua Pemuda Umno, sudahlah dah jelas ketara kejahilanmu. Mari balik semula pada landasan Islam yang sebenar. Tak payah nak berlagak dengan kekayaanmu, Allah Maha Kaya, Dia memiliki segala apa yang ada dilangit dan dibumi.

Wahai golongan yang berkuasa, mari kembali kepada al-Qur'an kalamullah yang suci:

"Sesungguhnya mereka yang kafir membelanjakan harta mereka untuk menyekat dakwah ke jalan Allah. Dan mereka berbelanja, kemudian perbelanjaan itu mendatangkan penyesalan, seterusnya mereka akan ditewaskan", surah al-Anfal: 36


Apa yang ada tidak terkecuali bagi golongan PEMERINTAH KUIS, jangan MENINDAS MAHASISWA. Kami golongan mahasiswa yang cintakan Islam, jangan perlekehkan kemampuan kami. Pada sahabat-sahabat yang dikasihi, mari panjatkan doa dimalam Lailatul Qadar ini agar Allah s.w.t mengampunkan segala dosa-dosa kita dan moga Islam menjadi pilihan manusia.Sekian, Salam 1 Malaysia.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

JOM 'IKTIKAF, TETAMU LAILATUL QADAR


Salam Ramadhan Karim, Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah kurang sudah beban peperiksaan yang mengazabkan, mana tak nya 7 subjek diadakan masa perlawanannya selama seminggu. SubhanAllah, tak kelam kabut kita di buatnya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kita anggap ni salah satu dari cabang jihad kita, walaupun kita TAK mengakui sistem yang ada, tapi ni antara wasilah yang menuntut kita untuk melaksanakannya. WAllahu a'lam.

Usaha sudah, Doa sudah, hanya tinggal tawakkal. So kita bertawakal sahaj kepada Allah. Mmm, tapi kalau nk di pikir balik, ada jugak kebaikan pada exam (walaupun banyak kekurangannya). Cuba sahabat-sahabat bayangkan, kadang-kadang tu kita boleh catch up pelajaran yang selama 3 @ 4 bulan dalam masa beberapa jam sahaja. Seronok pun ada bila dikenangkan balik. Saya hanya mengucapkan syukur pada Allah sahaja, kekadang macam orang tak betul pun ada bile senyum sorang-sorang terkenangkan perkara ini, ye lah memikirkan pertolongan Allah ke atas hambaNya, Allah cinta Agung.

So exam dah selesai, tapi ada yang belum selesai iaitu memanfaatkan peluang Ramadhan dalam masa-masa kecenderaan ni. InsyaAllah dalam seminggu lagi akan berlalulah sudah Ramadhan, bagi orang yang beriman ia akan tangisi pemergiannya, tapi yang sebaliknya akan ringan tanpa bebanan menanggung lapar & dahaga. Puasa tapi tak solat...tak paham...

Begini sahabat-sahabat, mari kita guna masa yang berbaki ini untuk kita sama-sama merebutnya. Sudah tiba 10 malam yang terakhir, untuk kita mengejar isinya antaranya Malam Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a:
"Bila masuk 10 (malam terakhir Rasulullah s.a.w menjauhkan dirinya dari bersama dengan isterinya), menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.", beginilah apa yang telah diajarkan Rasulullah s.a.w ajarkan pada kita, moga Allah s.w.t memberikan kekuatan pada kita untuk beramal, ahir sekali saya ingin berpesan kepada diri saya dan sahabat sekalian agar bertaubatlah dari dosa-dosa yang telah kita lakukan, Allah Maha Pengampun & jangan lupa bahawa Allah juga Maha Mengazab, sebelum saya akhiri kalam ini, saya publishkan artikel yang berkaitan Lailatul Qadar yang dipetik dari laman web ahli sunnah Jakarta:

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Al-Qur`an dan hadits-hadits Nabi yang shahih menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Lailatul Qadr

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadr dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur`an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Qs. Al Qadr: 1-5)

2. Waktunya

Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadr itu pada malam di akhir-akhir bulan Ramadhan sebagaimana ditunjukkan oleh hadits 'A`isyah, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:

"Carilah Lailatul Qadr di malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan." (HR. Bukhariy no.2017 dan Muslim no.1169)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, maka janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, berdasarkan riwayat dari Ibnu 'Umar, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Carilah di sepuluh hari terakhir, jika salah seorang di antara kalian tidak mampu atau lemah maka jangan sampai terluput dari tujuh hari sisanya." (HR. Muslim no.1165)

Telah diketahui dalam Sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para shahabat. Dari 'Ubadah bin Ash-Shamit, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam keluar pada Lailatul Qadr, lalu ada dua orang shahabat berdebat, maka beliau bersabda:

"Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang Lailatul Qadr, tetapi fulan dan fulan berdebat hingga diangkat (tidak bisa lagi diketahui kapan kepastian lailatul qadr terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27 dan 25." (HR. Al-Bukhariy 2023)

Banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa Lailatul Qadr itu terjadi pada sepuluh hari terakhir, hadits yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum sedangkan hadits kedua sifatnya khusus, maka riwayat yang khusus lebih didahulukan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa Lailatul Qadr itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan (malam ke-25, 27 dan 29), tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah. Maka dengan penjelasan ini, cocoklah hadits-hadits tersebut dan tidak saling bertentangan.

3. Bagaimana Mencari Lailatul Qadr?

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Oleh karena itu dianjurkan bagi muslimin agar bersemangat dalam melakukan ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadr seperti melakukan shalat tarawih, membaca Al-Qur`an, menghafalnya dan memahaminya serta amalan yang lainnya, yang dilakukan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala-Nya yang besar. Jika dia telah berbuat demikian maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa shalat malam/tarawih (bertepatan) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhariy 38 dan Muslim no.760)

Disunnahkan untuk memperbanyak do'a pada malam tersebut. Diriwayatkan dari 'A`isyah, dia berkata: Aku bertanya: Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu kapan Lailatul Qadr (terjadi), apa yang harus aku ucapkan? Beliau menjawab: "Ucapkanlah:

"Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku." (HR. At-Tirmidziy 3760 dan Ibnu Majah 3850, sanadnya shahih)

Saudaraku, setelah engkau mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadr (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan shalat) pada sepuluh malam terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada istrimu dan keluargamu untuk itu, perbanyaklah perbuatan ketaatan.

Dari 'A`isyah berkata: "Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya, membangunkan keluarganya, dan bersungguh-sungguh serta mengencangkan kainnya (yaitu menjauhi istri-istrinya untuk konsentrasi beribadah dan mencari Lailatul Qadr)." (HR. Bukhariy no.2024 dan Muslim no.1174)

4. Tanda-tandanya

Dari Ubaiy, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Pagi hari malam Lailatul Qadr, matahari terbit tidak ada sinar yang menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi." (HR. Muslim no.762)

Dan dari Ibnu 'Abbas, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Malam Lailatul Qadr adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, dan keesokan harinya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan." (HR. Ath-Thayalisiy 349, Ibnu Khuzaimah 3/231 dan Al-Bazzar 1/486, sanadnya hasan)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MENYERAP SEMANGAT BADAR DI PKK & DPU





Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa dan merasai kemanisan Ramadhan yang dirindui selama ini, kita perlu bermuhasabah lagi apakah dah betul-betul kita memanfaatkannya atau tidak.

Akan datang dalam 2 hari lagi, insyaAllah kita akan sampai pada hari yang ke-17 Ramadhan, yang mana pada tarikh ini merupakan 2 kejadian agung yang berlaku dalam pensyariatan Islam, iaitu Nuzul Al-Qur'an dan Badar Al-Kubra. di kesempatan ini saya hanya nak sentuh Badar, bukan saya tak nak sentuh mengenai Nuzul Al-Qur'an tapi perkara ini kita boleh dapat di mana-mana ceramah yang diadakan di surau-surau, di masjid dan sebagainya. Tapi untuk cerita Badar ini kita boleh selaraskan dengan perjalanan kita (mahasiswa KUIS) yang menghadapi Peperiksaan Akhir Semester.

Sahabat-sahabat, memang tak dinafikan bebanan jadual peperiksaan yang kita hadapi ini, cukup-cukup memecahkan kepala otak dan tertekan. Pelik, dalam masa yangsingkat sahaja dalam semiggu kita perlu menghabiskan paper-paper yang ada. Ya Allah, hanya padamu kami sandarkan segala-galanya.

Mari kita tengok dulu apa yang terkandung dalam cerita Badar ini. Peperangan Badar berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah. peperangan Badar juga dikenali dengan Yaumul Furqan (hari perbezaan), di mana pada hari itu Allah s.w.t membezakan di antara yang Haq dan Batil. haq (kebenaran) itu adalah Islam dan Batil pula ialah kufur dan syirik. Dalam peperangan ini kemenangan di pihak Islam di bawah pimpinan Panglima Agung perang yang terulung iaitu Rasulullah s.a.w. Walaupun bilangan tentera Islam ketika itu hanya 313 orang tetapi mereka mapu menewaskan musuh yang bilangannya mengikut sebahagian pendapat adalah 1000 orang yang jumlahnya 3 kali ganda bezanya dengan tentera Islam. Jika diukur dari segi kekuatan dan peralatan ketenteraan yang serba kekurangan dari tentera Islam, maka kalau kanak-kanak tadika diminya untuk memberikan pendapat pun meraka akan memberi jawapan yang tepat dari sudut zahirnya iaitu tentera Islam akan tewas. Tetapi tentera Islam yang pada ketika itu mereka berperang kerana iman yang tinggi dan kecintaan mereka kepada syahid, maka Allah menolong mereka dalam peperangan tersebut, firman Allah s.w.t:

"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu (mencapai kemenangan) dalam peperangan Badar sedang kamu dalam berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alatan perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman, "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?". surah Aali 'Imran: 123-124

Sahabat-sahabat, dari cerita ini dapat saya simpulkan bahawa tiada perkara yang mustahil untuk kita memperoleh kemenangan di PKK & DPU sekiranya kita menyandarkan semuanya kepada Allah, kita pasakkan keyakinan dan azam yang tinggi, kita usaha dan selebihnya kita serahkan kepada Allah. Sama je jalan ceritanya dengan kita, cumanya kita hanya berhadapan dengan hari yang singkat tetapi paper yang banyak. Itu sahaj perbezaannya. KITA BOLEH! sehubungan dengan itu saya ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAGI SELURUH MAJASISWA KUIS & SAHABAT SEPERJUANGAN, KITA GEMPUR! LAWAN TETAP LAWAN! Moga Allah permudahkan...Salam 1 Malaysia
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KARTIKA, SIS & JAG, 1 MALAYSIA

Mujahidin bersedia menggempur thaghut, kami Mahasiswa yang
beramal dengan ilmu


Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah serta selawat & salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat Baginda...

Hari demi hari saya rasa gelisah dengan situasi yang berlaku di muka bumi ini khususnya di Malaysia. Apa tidaknya Islam semakin hari semakin di tekan, di hina, di caci dan sebagainya. Mana perginya ke'izzahan Islam? kalau dulu Islamlah segala-galanya, ia menjadi rujukan bagi semua peringkat masyarakat baik dari golongan atasan sehinggalah bawahan. Perkara ini terjadi kerana Islam memang sudah terbukti kebenarannya, tapi yang lagi pelik dahulu kala orang kafir pun menjadikan Islam sebagai rujukan mereka bagi urusan kehidupan mereka. Mari kita kembali kepada situasi Malaysia. Baru-baru ini heboh dengan kes Kartika mengenai isu sebat ke atasnya, ada pihak yang menyokong dan ada pihak membantah dan ada juga pihak yang atas pagar yang mana mereka ini hanya tunggu, lihat dan ikut membabi buta. Satu keputusan yang tepat sekiranya kes Kartika ini di bawa kepada undang-undang Islam, memang itu yang dari MERDEKA lagi kita dah perjuangkan, tapi kita jangan lupa tindakan ini perlu dilakukan bagi orang alim dalam hal ini bukan nak berijtihad secara sembrono sahaja. Sebenarnya jumlah sebatan yang kita perlu lakukan ke atas peminum arak ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w adalah 40 sebatan, ini pendapat yang di gunakan oleh Imam Syafi'e tapi berbeza dengan mazhab yang lain, ada di antara mereka yang menyandarkan pada ijtihad Saidina Umar r.a ketika menghukum peminum arak dengan 80 sebatan. Tapi setakat ini yang saya belajar dalam Fiqh Jenayah belum jumpa lagi 6 sebatan hatta orang yang melakukan tuduhan zina ke atas wanita muhsinah sendiri pun 80 sebatan inikan arak yang Nabi s.a.w katakan sebagai Ibu Maksiat, ini tak lain tak bukan ijtihad Para Sekulariyin (puak sekular)..:-) yang dah lah jahil murakab, yang terang-terang tak nak Islam malah benci pula orang yang nak bawa Islam.


Baru-baru ni saya terima email dari Ustaz Nasharudin Mat Isa mengenai Isu Memorandum SIS & JAG yang mana mereka telah menghantar memorandum kepada YAB Perdana Menteri kita untuk mengkaji semula Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syari’ah di Malaysia bagi membolehkan semua kesalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat di negara ini ditadbir dibawah Undang-undang Sivil peringkat persekutuan. Ini satu tindakan seorang hamba yang biadap kepada tuannya (Allah s.w.t).

Walau apa-apa pun sahabat-sahabat yang di kasihi Allah sekalian, kita sudah kesuntukan masa, sekiranya Kerajaan 1 Malaysia meluluskan permintaan tersebut maka hancurlah, punahlah segala-galanya Enakmen Syariah yang ada sekarang ini, dahlah apa yang ada tak lengkap inikan nak hapuskan semua. Fikirkanlah apa tugas kita sebagai Mahasiswa dan Pemuda Islam...di sini saya siarkan kenyataan akhbar yang dihantar Ustaz Nasa kepada saya, dia kata kalau diorang tak siarkan anta je yang buat, so saya buatlah:

KENYATAAN AKHBAR

TIMBALAN PRESIDEN PAS BERHUBUNG MEMO YANG DIKEMUKAKAN OLEH SIS DAN JAG KEPADA PERDANA MENTERI MENGENAI KEADILAN UNTUK PUAN KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

________________________________________________________________________________

Saya menghormati pandangan yang dikemukakan oleh pihak Sister In Islam dan The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) kepada YAB Perdana Menteri untuk mengambil tindakan segera mengenai isu hukuman sebat ke atas Puan Kartika Sari Dewi Shukarno. Saya merujuk surat tersebut yang telah disiarkan dalam satu laman web http://www.mysinchew.com , bertarikh 26hb Ogos 2009.

Pandangan yang telah diberikan oleh pihak mereka berdasarkan kepada asas syara’, garis panduan hukuman, perundangan dan perlembagaan serta pematuhan terhadap polisi diperingkat antarabangsa diambil sebagai satu perbahasan untuk dipertimbangkan. Kes ini telah menjadi begitu kompleks memandangkan ia merupakan insiden pertama yang berlaku seumpama ini dibawah jurisdiksi Undang-Undang Syari’ah di Malaysia.

Walaubagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan gesaan drastik pihak SIS dan JAG terhadap kerajaan untuk mengkaji semula Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syari’ah di Malaysia bagi membolehkan semua kesalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat di negara ini ditadbir dibawah Kanun Keseksaan peringkat persekutuan. Bagi saya ini adalah satu campur tangan diluar daripada bidang kuasa pihak yang mengemukakan cadangan tersebut.

Saya lampirkan kenyataan pihak JAG disini, “In the long term, we urge the Government to conduct a comprehensive review of the Syariah Criminal Offences laws of this country, with a view to repeal such laws, thus enabling all Malaysians to be governed by a single Penal Code under federal administration.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, terdapat peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 (1). Disamping itu, agama Islam sebagai agama rasmi bagi negeri-negeri. Malah, Sultan bertanggungjawab terhadap bidang kuasa agama Islam.

Oleh yang demikian, sekiranya Perdana Menteri melayan tuntutan pihak tersebut, ia mengeruhkan lagi keadaan dan menyentuh bidang kuasa Sultan, asas agama dan institusi-institusi Islam di Malaysia. Saya khuatir kes Puan Kartika Sari Dewi Shukarno ini akan dimanipulasi untuk meminggirkan dan memandang prejudis terhadap Islam. Walaupun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam sistem perundangan syari’ah dan kedudukan Islam di Malaysia, umat Islam juga perlu berhati-hati dengan usaha pihak-pihak tertentu yang dilakukan secara terancang untuk cuba mengganggu gugat urusan agama Islam termasuk mendoktrinkan kefahaman yang salah daripada ajaran yang sebenar.

Disediakan oleh

Nasharudin Mat Isa

Timbalan Presiden PAS

12 Ramadhan 1430 / 2 September 2009


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
RSS