KISAH QIYAMULLAIL MUHAMMAD BIN MUNKADIR





Muhammad bin Munkadir adalah termasuk contoh dan teladan dalam hal keyakinan dan keimanannya, sepertimana yang dikatakan oleh Sufyan Atsauri mengenai beliau. Muhammad bin Munkadir juga adalah di antara barisan al-Qurra’ (menenkuni dan mendalami al-Quran), dan di antara golongan yang tidak berupaya menyekat genangan air mata di saat membaca Hadis Rasulullah (SAW). Bahkan Imam Malik (ra) juga berkata bahawa Muhammad bin Munkadir adalah penghulu al-Qurra’. Oleh itu amalan qiyamullail beliau dan solat tahajudnya adalah di antara salah satu pertanda kesalehan dan pertanda beliau beroleh hidayah Allah.

Diceritakan bahwa Muhammad bin Munkadir pada suatu malam melakukan solat tahajud (qiyamullail), beliau cuba menangis, akhirnya beliau menangis dengan cukup serius sehingga ahli keluarga berasa cemas, dan beliaupun tidak mampu meluahkan perasaannya bahkan terus menangis. Lantas ahli keluarga menemui Abu Hazim al-A’raj, salah seorang tokoh ulama solihin. Abu Hazim cuba menanya Muhammad bin Munkadir, katanya: “Apakah gerangan menyebabkan anda menangis? Jawab beliau: “Aku tadi membaca satu ayat Al-Quran”. Tanya Abu Hazim “Ayat apa yang anda maksudkan?” Jelas beliau “(Pada hari kiamat nanti) akan terlihatlah bagi mereka balasan Allah yang tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka (semasa di dunia)”. (Surah Al-Zumar, 47). Akhirnya Abu Hazim pun turut serta menangis bersama Muhammad. Kedua-duanya menangis dengan dahsyat sekali.

Inilah perihal khauf yakni kerisauan dan perihal takut kepada Allah, yang mengganggu keselesaan tidur golongan ’arifin, merangsang mata mereka berjaga di malam hari, meskipun mereka banyak beribadat, dan mereka sangat hampir kepada Allah.
Para solihin berjaga malam merawat diri mereka dengan solat dan al-Quran, dan berdoa, sehingga nafsu dan diri mereka berada pada garis istiqamah. Oleh itu diri mereka tidak menggesa perkara yang baik melainkan nafsu dan keinginannya akan segera tunduk dan patuh.

Muhammad bin Munkadir sendiri berkata “Aku berjuang melawan nafsuku selama 40 tahun, barulah nafsuku terbentuk atau terdidik menuju istiqamah”.
Beginilah perihal mereka bersama qiyamullail, yang merupakan ciri-ciri utama para solihin. Mereka bersimpuh dan bersujud menyembah Allah di penghujung malam hingga subuh, di pagai harinya mereka dilamun kerinduan yang mendalam. Dengarlah ungkapan waliyullah ini, Muhammad bin Munkadir, “Aku semasa berada di malam hari parasaanku dibalut kerisauan dan kecintaan yang mendalam, pada subuh harinya perasanku masih dibalut kerinduan”.

Beginilah perihal mereka. Oleh itu, menatap nur wajah mereka dapat menghidupkan hati, belum lagi mendengar perkataan dan menyaksikan perbuatan dan amala ibadat mereka. Ibnu al-Majishun berkata “Menatap wajah Muhammad bin Munkadir mendatangkan manfaat yang besar terhadap agamaku”.
Berbicaralah tentang golongan solihin sepuas hati anda, paparan sejarah gemilang mereka bersujud di belakang mihrab, dan puisi tentang mereka berdoa dan berzikir mengingat Allah.
Semoga Allah memberi rahmat yang luas ke atas Muhammad bin Munkadir dan para pencinta sunnah Rasulullah saw.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

INDAHNYA SOLAT TAHAJUD






Pada suatu hari terdapat seorang pesakit di Hospital Askar, Riayad, Saudi Arabia, mengalami masalah jantung, denyutan jantungnya terhenti. Lantas ia dikejarkan ke Hospital berkenaan. Sebaik sampai di unit icu para pekerja hospital berusaha membantu pesakit tersebut. Dua menit kemudian, wanita tersebut berjaya membuka kedua matanya.
Setelah itu ia menengadah ke langit sambil mengangkat kedua tangannya, seraya menuturkan kalimat suci,
أشهد أن لا إله إلا الله....
Lantas denyutan jantungnya pun berhenti total untuk seterusnya. Segala bantuan yang dilakukan kemudian tidak mendatangkan sebarang hasil. Dengan demikian wanita solehah ini kembali kerahmatullah.
Petugas hospital meninggal-kan bilik icu dengan maksud menemui suami wanita tersebut. Setelah menyampaikan kata-kata ta’ziah, dr Khalid Abdul Aziz al-Jubeir menceritakan paristiwa yang aneh tersebtu kepada suami al-marhumah. Dalam masa yang sama beliau menyilidiki suami mengenai sisi indah kehidupan isteri solehah yang mendapat anugerah husnul khatimah dari al-Maula swt.
Suami memberi penjelasan katanya, “Anda tidak perlu hairan mengenai apa yang anda saksikan itu.” Dr Khalid bertanya “Mengapa hal aneh seperti ini boleh berlaku, wahai saudara?” Jelas suami “Sejak kami mula menegakkan rumah tangga 35 tahun yang lalu, isteri saya ini tidak pernah meninggalkan solat malam, melainkan disebabkan ‘uzur syare’ sahaja.
Firman Allah swt,

Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (dengan menunaikan qiyamullail), sedang mereka berdo'a kepada Rabbnya dengan perasaan risau dan harap, dan mereka menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka. (Surah as-Sajdah, 16)
Rasulullah saw bersabda Dalam Hadis riwayat Iman Tirmizi yang bermaksud,
“Kamu hendaklah melakukan qiyamullail, kerana ia adalah amalan golongan soleh sebelum kamu; ia akan mendekatkan dirimu kepada Allah swt, penghapus dosa dan kejahatan, perisai dari dosa, pembuang penyakit dari badan.”
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
RSS