MENYERAP SEMANGAT BADAR DI PKK & DPU





Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa dan merasai kemanisan Ramadhan yang dirindui selama ini, kita perlu bermuhasabah lagi apakah dah betul-betul kita memanfaatkannya atau tidak.

Akan datang dalam 2 hari lagi, insyaAllah kita akan sampai pada hari yang ke-17 Ramadhan, yang mana pada tarikh ini merupakan 2 kejadian agung yang berlaku dalam pensyariatan Islam, iaitu Nuzul Al-Qur'an dan Badar Al-Kubra. di kesempatan ini saya hanya nak sentuh Badar, bukan saya tak nak sentuh mengenai Nuzul Al-Qur'an tapi perkara ini kita boleh dapat di mana-mana ceramah yang diadakan di surau-surau, di masjid dan sebagainya. Tapi untuk cerita Badar ini kita boleh selaraskan dengan perjalanan kita (mahasiswa KUIS) yang menghadapi Peperiksaan Akhir Semester.

Sahabat-sahabat, memang tak dinafikan bebanan jadual peperiksaan yang kita hadapi ini, cukup-cukup memecahkan kepala otak dan tertekan. Pelik, dalam masa yangsingkat sahaja dalam semiggu kita perlu menghabiskan paper-paper yang ada. Ya Allah, hanya padamu kami sandarkan segala-galanya.

Mari kita tengok dulu apa yang terkandung dalam cerita Badar ini. Peperangan Badar berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah. peperangan Badar juga dikenali dengan Yaumul Furqan (hari perbezaan), di mana pada hari itu Allah s.w.t membezakan di antara yang Haq dan Batil. haq (kebenaran) itu adalah Islam dan Batil pula ialah kufur dan syirik. Dalam peperangan ini kemenangan di pihak Islam di bawah pimpinan Panglima Agung perang yang terulung iaitu Rasulullah s.a.w. Walaupun bilangan tentera Islam ketika itu hanya 313 orang tetapi mereka mapu menewaskan musuh yang bilangannya mengikut sebahagian pendapat adalah 1000 orang yang jumlahnya 3 kali ganda bezanya dengan tentera Islam. Jika diukur dari segi kekuatan dan peralatan ketenteraan yang serba kekurangan dari tentera Islam, maka kalau kanak-kanak tadika diminya untuk memberikan pendapat pun meraka akan memberi jawapan yang tepat dari sudut zahirnya iaitu tentera Islam akan tewas. Tetapi tentera Islam yang pada ketika itu mereka berperang kerana iman yang tinggi dan kecintaan mereka kepada syahid, maka Allah menolong mereka dalam peperangan tersebut, firman Allah s.w.t:

"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu (mencapai kemenangan) dalam peperangan Badar sedang kamu dalam berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alatan perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman, "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?". surah Aali 'Imran: 123-124

Sahabat-sahabat, dari cerita ini dapat saya simpulkan bahawa tiada perkara yang mustahil untuk kita memperoleh kemenangan di PKK & DPU sekiranya kita menyandarkan semuanya kepada Allah, kita pasakkan keyakinan dan azam yang tinggi, kita usaha dan selebihnya kita serahkan kepada Allah. Sama je jalan ceritanya dengan kita, cumanya kita hanya berhadapan dengan hari yang singkat tetapi paper yang banyak. Itu sahaj perbezaannya. KITA BOLEH! sehubungan dengan itu saya ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAGI SELURUH MAJASISWA KUIS & SAHABAT SEPERJUANGAN, KITA GEMPUR! LAWAN TETAP LAWAN! Moga Allah permudahkan...Salam 1 Malaysia
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
RSS