KARTIKA, SIS & JAG, 1 MALAYSIA

Mujahidin bersedia menggempur thaghut, kami Mahasiswa yang
beramal dengan ilmu


Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah serta selawat & salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat Baginda...

Hari demi hari saya rasa gelisah dengan situasi yang berlaku di muka bumi ini khususnya di Malaysia. Apa tidaknya Islam semakin hari semakin di tekan, di hina, di caci dan sebagainya. Mana perginya ke'izzahan Islam? kalau dulu Islamlah segala-galanya, ia menjadi rujukan bagi semua peringkat masyarakat baik dari golongan atasan sehinggalah bawahan. Perkara ini terjadi kerana Islam memang sudah terbukti kebenarannya, tapi yang lagi pelik dahulu kala orang kafir pun menjadikan Islam sebagai rujukan mereka bagi urusan kehidupan mereka. Mari kita kembali kepada situasi Malaysia. Baru-baru ini heboh dengan kes Kartika mengenai isu sebat ke atasnya, ada pihak yang menyokong dan ada pihak membantah dan ada juga pihak yang atas pagar yang mana mereka ini hanya tunggu, lihat dan ikut membabi buta. Satu keputusan yang tepat sekiranya kes Kartika ini di bawa kepada undang-undang Islam, memang itu yang dari MERDEKA lagi kita dah perjuangkan, tapi kita jangan lupa tindakan ini perlu dilakukan bagi orang alim dalam hal ini bukan nak berijtihad secara sembrono sahaja. Sebenarnya jumlah sebatan yang kita perlu lakukan ke atas peminum arak ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w adalah 40 sebatan, ini pendapat yang di gunakan oleh Imam Syafi'e tapi berbeza dengan mazhab yang lain, ada di antara mereka yang menyandarkan pada ijtihad Saidina Umar r.a ketika menghukum peminum arak dengan 80 sebatan. Tapi setakat ini yang saya belajar dalam Fiqh Jenayah belum jumpa lagi 6 sebatan hatta orang yang melakukan tuduhan zina ke atas wanita muhsinah sendiri pun 80 sebatan inikan arak yang Nabi s.a.w katakan sebagai Ibu Maksiat, ini tak lain tak bukan ijtihad Para Sekulariyin (puak sekular)..:-) yang dah lah jahil murakab, yang terang-terang tak nak Islam malah benci pula orang yang nak bawa Islam.


Baru-baru ni saya terima email dari Ustaz Nasharudin Mat Isa mengenai Isu Memorandum SIS & JAG yang mana mereka telah menghantar memorandum kepada YAB Perdana Menteri kita untuk mengkaji semula Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syari’ah di Malaysia bagi membolehkan semua kesalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat di negara ini ditadbir dibawah Undang-undang Sivil peringkat persekutuan. Ini satu tindakan seorang hamba yang biadap kepada tuannya (Allah s.w.t).

Walau apa-apa pun sahabat-sahabat yang di kasihi Allah sekalian, kita sudah kesuntukan masa, sekiranya Kerajaan 1 Malaysia meluluskan permintaan tersebut maka hancurlah, punahlah segala-galanya Enakmen Syariah yang ada sekarang ini, dahlah apa yang ada tak lengkap inikan nak hapuskan semua. Fikirkanlah apa tugas kita sebagai Mahasiswa dan Pemuda Islam...di sini saya siarkan kenyataan akhbar yang dihantar Ustaz Nasa kepada saya, dia kata kalau diorang tak siarkan anta je yang buat, so saya buatlah:

KENYATAAN AKHBAR

TIMBALAN PRESIDEN PAS BERHUBUNG MEMO YANG DIKEMUKAKAN OLEH SIS DAN JAG KEPADA PERDANA MENTERI MENGENAI KEADILAN UNTUK PUAN KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

________________________________________________________________________________

Saya menghormati pandangan yang dikemukakan oleh pihak Sister In Islam dan The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) kepada YAB Perdana Menteri untuk mengambil tindakan segera mengenai isu hukuman sebat ke atas Puan Kartika Sari Dewi Shukarno. Saya merujuk surat tersebut yang telah disiarkan dalam satu laman web http://www.mysinchew.com , bertarikh 26hb Ogos 2009.

Pandangan yang telah diberikan oleh pihak mereka berdasarkan kepada asas syara’, garis panduan hukuman, perundangan dan perlembagaan serta pematuhan terhadap polisi diperingkat antarabangsa diambil sebagai satu perbahasan untuk dipertimbangkan. Kes ini telah menjadi begitu kompleks memandangkan ia merupakan insiden pertama yang berlaku seumpama ini dibawah jurisdiksi Undang-Undang Syari’ah di Malaysia.

Walaubagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan gesaan drastik pihak SIS dan JAG terhadap kerajaan untuk mengkaji semula Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syari’ah di Malaysia bagi membolehkan semua kesalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat di negara ini ditadbir dibawah Kanun Keseksaan peringkat persekutuan. Bagi saya ini adalah satu campur tangan diluar daripada bidang kuasa pihak yang mengemukakan cadangan tersebut.

Saya lampirkan kenyataan pihak JAG disini, “In the long term, we urge the Government to conduct a comprehensive review of the Syariah Criminal Offences laws of this country, with a view to repeal such laws, thus enabling all Malaysians to be governed by a single Penal Code under federal administration.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, terdapat peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 (1). Disamping itu, agama Islam sebagai agama rasmi bagi negeri-negeri. Malah, Sultan bertanggungjawab terhadap bidang kuasa agama Islam.

Oleh yang demikian, sekiranya Perdana Menteri melayan tuntutan pihak tersebut, ia mengeruhkan lagi keadaan dan menyentuh bidang kuasa Sultan, asas agama dan institusi-institusi Islam di Malaysia. Saya khuatir kes Puan Kartika Sari Dewi Shukarno ini akan dimanipulasi untuk meminggirkan dan memandang prejudis terhadap Islam. Walaupun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam sistem perundangan syari’ah dan kedudukan Islam di Malaysia, umat Islam juga perlu berhati-hati dengan usaha pihak-pihak tertentu yang dilakukan secara terancang untuk cuba mengganggu gugat urusan agama Islam termasuk mendoktrinkan kefahaman yang salah daripada ajaran yang sebenar.

Disediakan oleh

Nasharudin Mat Isa

Timbalan Presiden PAS

12 Ramadhan 1430 / 2 September 2009


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
RSS